BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Sir Jean Henry Dunant

Posted by BSMMcUiTM di Isnin, 24 September 2007

Pengasas Palang Merah
Sir Jean Henry Dunant

Sejarah Pengasas Palang Merah
:: Sir Jean Henry Dunant (1828 – 1910) ::

TARIKH PERISTIWA

 8 Mei 1828

Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dgn gelaran ‘Bapa Palang Merah’. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama.

 1849

Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan perbankan

 1853

Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif.

Beliau berminat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France & Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union (YMCU) manakala di England pula dikenali sbg Young Men’s Christian Association (YMCA). Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja

 1855

Aktif dalam pelbagai kegiatan agama dan amal. Sentiasa berusaha dalam menyatukan orang kristian dan yahudi sebagai ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva dengan objektif untuk membantu penduduk miskin dan melarat serta melawat banduan di penjara.

Desakan cadangan agar “World Union” diwujudkan bagi YMCA akhirnya berhasil apabila satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris.

 1858

Menerbitkan buku pertamanya bertajuk “An Account of the Regency in Tunis”; menubuhkan syarikatnya sendiri, Syarikat Kewangan & Industri Gandum di Algeria

 25 Jun 1859

Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napolean III dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria.

Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal perniagaan. Beliau mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan.

 Oktober 1862

Menerbitkan buku kecil bertajuk “A Memory of Solferino” (Un Souvenir de Solferino) lalu diposkannya kepada orang-orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan pengalamnnya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.

 1863

Menerbitkan sebuah buku bertajuk “Slavery among the Mohammedans and in the United States of America”

 7 Februari 1863

Geneva Society for Public Welfare melantik Jawatankuasa Berlima (committee of five) bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar;
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha

 1866

Menulis sebuah risalah yang dipanggil Universal and International Society for the Revival of the Orient, merancang untuk membina koloni neutral di Palestine

 1867

Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang untuk meletakkan jawatan.

 8 September 1867

Jawatankuasa Berlima (committee of five) menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagai Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris

 1870

Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke Paris sewaktu Peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain pembalut (bandage)

 1872

Mengatur sebuah mesyuarat bagi menubuhkan the Alliance universelle de l’ordre et de la civilisation untuk menimbangkan keperluan konvensyen antarabangsa dalam mengendalikan banduan perang dan untuk menyelesaikan masalah persengketaan antarabangsa melalui mahkamah timbangtara, bukan lagi melalui peperangan

 1 Februari 1875

Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London

 Julai 1887

Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland

 1890

Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah menemui beliau dan memberitahu dunia bahawa Henry Dunant masih hidup tetapi dunia seolah-olah tidak mempedulikan berita tersebut

 1892

Menduduki rumah tumpangan bernombor 12 di bandar itu dalam 18 tahun terakhir hidupnya

 1895

Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke gunung berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu mencarinya untuk menemuramah. Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Dunant masih hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak mula ingin membantu

 1901

Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau Hadiah Nobel Keamanan yang pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari Perancis. Pingat tersebut dikirim kepada beliau dari Christianal

 30 Oktober 1910, Ahad

Meninggal dunia di Heiden

 

Bersempena dengan penganugerahan itu , Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah menghantar perutusan yang berbunyi :

“Tidak ada insan lain yang patut diberi penghormatan ini,
kerana 40 tahun lalu andalah orangnya yang menubuhkan
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa
bagi membantu mereka yang luka di medan peperangan.
Tanpa anda dan Palang Merah,
pencapaian kemanusiaan yang luhur pada kurun ke-19 ini 
tidak mungkin wujud.”

 

About these ads

7 Respons to “Sir Jean Henry Dunant”

  1. riza said

    sehebat2 Dunant nih, dia sbnrnya tak reti nak menangani kes seekor semut yg patah tulang belakangnya. Ada sorg dlm dunia nih yg terror…abg Bad…wakakakaka

  2. Am very grateful with Red Cross

  3. Alagendra said

    Saya sentiasa akan beri khidmat sukarela seperti sir henry dunant

  4. defenny lee said

    sya rsa org yg x m’hargai p’gorbanan Sir Jean Henry Dunant adala seorg yg x pndi brsyukur la.tnpa hati dya yg baik dan idea yg ckup bjak dya 2,BSMM ni x pena wujud.fkr la dgn baik,mna taw da 1 hari ko yg jdi mngsa s’suatu bncna.spa jga yg maw tlong..semo org yg pndi p’tlongan cmas shja thu mmbri rwtan smntra kpda mgsa..kalu la BSMM ni x da…mybe org yg cdra x dpt hdup lg…jdi jgn sskli m’hina BSMM jika ko x tahu tntng kmi…

  5. PMR PACITAN said

    saya swbagai anggota palang merah remaja indonesia mengucapkan terima kasih atas informasinya…
    kami menghargai pandangan anda serta kecintaan anda pada palang merah dan pada bapak palang merah, saya sebagai wakil YOUTH RED CROSS SMA NEGERI 1 PACITAN [indonesia] berharap kita dapat bekerja sama di suatu saat nanti… sekali lagi terimakasih…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: