BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Latihan Persediaan Bantuan Bencana

Posted by BSMMcUiTM di Khamis, 4 Oktober 2007

Program Latihan Persediaan Bantuan Bencana Dalam Masyarakat (CBDP/FA), 5 – 8 April 2007, UiTM Terengganu (Mohamed Ishak Hj Badarudin, Naib Pengerusi 1 PBSMM Chapter UiTM Dungun Terengganu)

Program CBDP telah berjaya dijalankan pada 5 – 8 April yang lalu bertempat di Kampus UiTM Terengganu dan Teluk Gadung Dungun. Program ini adalah hasil kerjasama Ibu Pejabat PBSMM Kuala Lumpur, PBSMM Cawangan Terengganu dan PBSMM Chapter UiTM Terengganu. Seramai 43 orang peserta PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah menyertai program ini di mana 24 orang peserta adalah terdiri dari siswa siswi UiTM dan 19 peserta lagi terdiri dari ahli pasukan penyelamat UiTM. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Hisham Harun Hashim iaitu Timbalan Pengerusi PBSMM Kebangsaan dan penutupannya telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Dato’ Rakna Bijaya, Dato’ Haji Aziz Badli bin Haji Awang Chik, iaitu Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu.

Selama empat hari, para peserta telah didedahkan dengan belbagai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dari IPK PBSMM Kuala Lumpur, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai dari Jabatan Kesihatan Dungun dan Mejar Abd. Razak dari Biro Keselamatan Negara. Encik Hisham dalam ucapannya mengingatkan peserta betapa pentingnya untuk mengujudkan “First Aider in every home”. Adalah menjadi tanggungjawab PBSMM untuk melatih lebih ramai lagi first aider supaya setiap rumah sekurang-kurangnya mempunyai seorang yang mahir dalam pertolongan cemas.

Teknik CPR penting dipelajari oleh semua orang. Dr. Yusri Salleh dari Unit Kesihatan UiTM telah menunjukkan cara yang betul melakukan teknik CPR. Para peserta telah diberi latihan praktik dan Dr. Yusri menasihatkan betapa pentingnya setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang yang boleh melakukan CPR. Peserta telah diberi latihan simulasi atau Mock Disaster Training oleh Encik Azlan dan Encik Azmi dari IPK Kuala Lumpur pada malam Ahad diikuti dengan teknik memasak berkelompok pada pagi berikutnya. Latihan menyelamat di air dan di curam telah ditunjukkan oleh Pegawai bomba dan penyelamat, dan para peserta diberi peluang untuk melakukannya. Walaupun penat, namun peserta program telah berjaya melakukan semua aktiviti yang telah diadakah.

Di majlis perasmian penutupan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Haji Abdul Rahim bin Ramli yang juga merangkap Timbalan Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak PBSMM dari IPK Kuala Lumpur dan PBSMM Cawangan Kuala Terengganu kerana telah memilih UiTM Terengganu sebagai lokasi program dan juga memilih peserta di mana kesemuanya terdiri dari warga UiTM Terengganu. Beliau juga merakamkan rasa bangga kerana UiTM Terengganu merupakan Chapter Pertama di antara Institusi pengajian tinggi yang mengujudkan pasukan VAD atau Volunteer Aid Division. Mungkin kita di Pantai Timur sering dilanda banjir maka penubuhan VAD menjadi satu kemestian. Di majlis yang sama Dato’ Haji Aziz Badli bin Haji Awang Chik, selaku Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu memberi jaminan bahawa PBSMM Cawangan akan sentiasa membantu kita, lebih-lebih lagi kerana Chapter UiTM Terengganu masih baru dan memerlukan bimbingan dari Cawangan dan IPK. Di akhir Majlis, beliau telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta Program.

About these ads

9 Respons to “Latihan Persediaan Bantuan Bencana”

  1. BSMMcUiTM berkata

    Bila plak BSMM c UiTM Shah Alam nak buat program camnih? Kerjasama dgn Ibu Pejabat BSMM ker, dgn Jabatan Pertahanan Awam (JPA) ker, dgn para-medic tentera ker… Tak teringin ker nak belajar operasi menyelamat tempat tinggi, operasi menyelamat dalam perang…best wooo!!! Rugi kalu tak amik ilmu mcm nih sblm keluar UiTM.

  2. Chubby berkata

    Ehem..ehem… rasanya BSMM c UITM Shah Alam yang sekarang ni jer yang dok terperuk kat Shah Alam tu. Paling jauh pun ke Ulu Yam… Apa kes???

    Sila rujuk kepada senior dahulu, sebelum tahun 2000, C UITM Shah Alam lebih aktif daripada UITM cawangan lain. Kita yang akan jemput cawangan untuk menyertai aktiviti kita, bukan dengar dan melopong jer…

    Tak bosan ke asyik berkawad dan setakat belajar pertolongan cemas asas. Tak ada thrill langsung. Kalau tak nak keluar dari Selangor pun boleh, at least buatla menyelamat di bangunan tinggi dengan BOMBA ker, JPA3 adalah juga pengalaman yang akan meninggalkan kesan pada setiap diri peserta selepas graduasi.

    Cuba-cubalah buat aktiviti menarik seperti BSMM C UITM Terengganu. Tengok gambar pun…dah rasa seronok woo… Takkan tak cemburu???

  3. Wahab berkata

    Dulu… UiTM Terengganu hantar wakil ke Shah Alam untuk timba ilmu. Buat BSMM C UiTM Shah Alam, sedikit demi sedikit mulalah ketatkan disiplin bermula dengan pegawai contohnya etika beruniform. Kemudian buat aktiviti gabungan dengan Polis, Tentera, Bomba, JPA3 dan IPK/Cawangan. Lebih banyak ilmu yang dipelajari maka lebih lengkaplah persediaan untuk menjadi jurulatih.

  4. sumie berkata

    saya rasa para ajk yg ada belum berminat kot nak buat aktiviti yg lasak mcm dulu2… tunggu dan lihat je lah.. yg pasti alumni yang ada akan sama-sama berganding bahu untuk membantu adik2 di kampus tu…

  5. bsmm_klangat@yahoo.com berkata

    salam bagus sama2 lah kita mendisplinkan ahli BSMM takira di mana mereka.. diam tak semestinya tak tahu. Bila nak jalan kan aktiviti kena ada full support dari ahli dan AJK yang menjalan kan tugas 2. Dan para pembimbing pelulah selalu meberikan ruang dan pengajaran untuk mereka merancang aktiviti. Kewangan pun satu hal pulak kalu tak da support tak jalan juga kan. Sekarang kami dari Cabang Kuala Langat akan membuat segala aktiviti yang perlu untuk ahli kami. jika pihak BSMM c Uitm nak join kami alukan juga… boleh adik2 kecil kawasan saya belajar dari anda. Dulu saya belajar dan dapat ilmu pun dari student UITM juga… tahun 92-95 belajar kawat , IHL dan lain2 la.. seeronok.. jumpa abg yang pandai2… dan saya teringin juga melihat ahli BSM c Uitm kat Kem peringkat Kebangsaan di UPM tempoh hari tapi tak kelihatan…. mungkin ade rakan yang saya kenal….

    ANY Keep In Touch.
    KAT ATAS Ada EmaiL Kami…

  6. Wahab berkata

    Dapat ilmu dr BSMM UiTM? Tahun 92-95? Masa tu saya ada kat sana…

  7. suhaimi berkata

    salam kepada bsmm_klangat. bagaimana cara untuk join aktivti bsmm sedangkan ahli ramai dikalangan murid/pelajar sekolah. ade prosedur ke? ini ader berkaitan dgn sekolah ker?

  8. natasya berkata

    salam_me from bsmm tenom sabah. mcm mna nak join aktiviti bsmm if ada bencana alam?? me also want join oo…

  9. cars berkata

    Shopping for cars is generally a stressful experience.
    It does not have to be, though. With a little knowledge and determination, your car
    shopping experience can be devoid of stress. Use the tips that follow to
    make your car shopping experience one that you enjoy, with a shiny new car to show for it.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: