BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Manual Pengurusan Bencana

DIkirim oleh BSMMcUiTM di Khamis, 18 Oktober 2007

Pengurusan Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan penilaian tahap risiko, langkah pencegahan, persediaan dalam menangani situasi bencana pada masa akan datang, tindakbalas kecemasan, penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.

Menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti boleh mengurangkan impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa bencana di samping purata sara hidup keluarga yang rendah.

Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana secara amnya adalah seperti berikut:

  • Operasi Mencari dan Menyelamat – mencari dan menyelamat mangsa bencana

  • Penilaian Tahap Keperluan – memastikan apa yang diperlukan, berapa kuantitinya dan kepada siapa perlu diberikan

  • Kesihatan – menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari wabak penyakit, menyediakan air dan makanan yang bersih dan selamat, pelupusan sampah dan pengebumian mangsa-mangsa yang meninggal dunia.

  • Keperluan Asas – mendapatkan dan mengagihkan makanan, khemah dan pakaian

  • Jantina – memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga dan komuniti untuk mengenalpasti keperluan dan memastikan pengagihan sumber yang lebih adil

  • Sara Hidup dan Ekonomi – membantu mangsa dalam membaikpulih kehidupan mereka

  • Sokongan Emosi – Kaunseling dan menyatukan keluarga yang terpisah semasa bencana

  • Logistik – pengangkutan awam dan peralatan

  • Kewangan – mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan

  • Komunikasi – liputan media, maklumat kepada keluarga mangsa dan pengumpulan dana atau bekalan

  • Infrastruktur – membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan telefon, sambungan paip-paip air dan sistem pelupusan sampah

Berikut adalah Manual Latihan Persediaan Bencana. Manual ini mengandungi kaedah atau tatacara dalam pengurusan pasukan, pengendalian kerja, penyediaan tempat, peralatan dan tenaga sokongan serta persiapan diri sewaktu menghadapi bencana.

Manual ini adalah manual am bagi menghadapi bencana antarabangsa. Walaubagaimana pun, ia boleh diadaptasikan bagi menangani bencana dalam negara seperti banjir, ribut, kebakaran, tanah atau bangunan runtuh ataupun tsunami.

Manual ini dirangka dalam 9 modul latihan:

  1. Modul 1 – Pengenalan Kepada Persediaan Bencana

  2. Modul 2 – Rancangan Persediaan

  3. Modul 3 – Rancangan Projek

  4. Modul 4 – Pengurangan Risiko

  5. Modul 5 – Meningkatkan Kesedaran Bencana Dalam Komuniti

  6. Modul 6 – Penilaian Terhadap Keperluan Kecemasan Bencana

  7. Modul 7 – Maklumat Dan Laporan Program Bencana

  8. Modul 8 – Kemajuan Koordinasi

  9. Modul 9 – Kemajuan Latihan Kemahiran Asas

Selain daripada itu, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan manual Pelan Tindakan Menghadapi Banjir dan Pendidikan Kesihatan Semasa Banjir sebagai garis panduan dalam menghadapi bencana banjir negara.

 

 Ready For Disaster

 

Satu Respons kepada “Manual Pengurusan Bencana”

  1. [...] Manual Pengurusan Bencana [...]

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>