BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Teknik CPR Bagi Bayi & Kanak-Kanak

DIkirim oleh BSMMcUiTM di Isnin, 22 Oktober 2007

Teknik CPR Bagi Bayi

 

KETERANGAN CPR UNTUK BAYI (KURANG 1 TAHUN)

  • Jerit dan tepuk bahu bayi dengan perlahan. Sekiranya tiada tindakbalas, pastikan posisi bayi dalam keadaan terlentang.

  • Buka salur pernafasan dengan teknik dongakkan kepala dan angkat dagunya. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.

  • Beri 2 hembusan sekiranya tiada pernafasan. Tutup mulut dan hidung bayi sekaligus dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 hingga 2 saat pada setiap hembusan.

  • Sentiasa periksa dada bayi untuk melihat sebarang pergerakan pada setiap bantuan pernafasan yang diberikan.

  • Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada dan ½ inci ke bawah putingnya. Kemudian, beri 30 tekanan sedalam antara ½ ke 1 inci pada kadar 100 kali seminit.

  • Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 30 tekanan. Selepas 1 minit (ulangan 1 pusingan), hubungi ambulans (999 atau 991) dan teruskan dengan teknik hembusan dan tekanan di dada.

 

Teknik CPR Bagi Kanak-Kanak

 

KETERANGAN CPR BAGI KANAK-KANAK (1 – 8 TAHUN)

CPR untuk kanak-kanak adalah sama seperti melakukan CPR bagi orang dewasa. Walau bagaimanapun, terdapat 3 perbezaan dalam langkah melakukannya:

  • Jika hanya anda berdua dengan kanak-kanak tersebut, lakukan CPR terlebih dahulu selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans.

  • Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dadanya.

  • Berikan tekanan sedalam 1 hingga 1½ inci.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1 – 8 tahun):

  • Pastikan tindakbalas pesakit.

  • Dongakkan kepalanya. Kemudian lihat, dengar dan rasai pernafasannya. Jika tidak bernafas, beri bantuan pernafasan sebanyak 2 hembusan.

  • Jika tiada tanda-tanda pesakit mula bernafas, batuk atau bergerak, mulakan tekanan di dada sedalam 1½ hingga 2 inci sebanyak 30 kali di antara 2 puting dadanya. Tekan pada kadar 100 kali seminit.

  • Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 kali tekanan di dada sehingga bantuan tiba.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>