Teknik Menangani Mangsa Tercekik
DIkirim oleh BSMMcUiTM di Khamis, 1 November 2007
Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Dewasa
Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Kanak-Kanak
Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (Umur 1 – 8 tahun):
-
Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
-
Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti video di atas berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar.
-
Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung.
-
Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.
Rawatan Kecemasan Tercekik Bagi Bayi
Rawatan kecemasan bagi bayi yang tercekik dan dalam keadaan sedar (Umur tidak lebih 1 tahun):
-
Pastikan bayi tersebut boleh menangis atau batuk.
-
Jika tiada tindakbalas, beri 5 tepukan di belakang.
-
Kemudian beri 5 tekanan di dada.
-
Ulangi 5 tepukan di belakang dan 5 tekanan di dada.
-
Jika bayi itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.








