Teknik Ikatan Dan Simpulan
DIkirim oleh BSMMcUiTM di Selasa, 6 November 2007
Ikatan & Simpulan juga perlu dipelajari oleh anggota-anggota BSMM c UiTM. Selain daripada mempelajari kaedah ikatan bagi kain anduh, jenis-jenis ikatan asas lain juga perlu diketahui terutamanya apabila melibatkan latihan perkhemahan dan ikhtiar hidup atau operasi menyelamat. Anda dinasihatkan menyediakan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 utas tali yang sesuai dengan panjangnya kira-kira 1 depa sebelum melayari laman ini.
IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh; menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.


IKATAN BUNGA KETI
Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

IKATAN BUNGA KETI BERGANDA
Ikatan Bunga Keti Berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan lebih selamat.

IKATAN SIMPUL PULIH
Ikatan Simpul Pulih digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kukuh.


SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung dua utas tali yang licin atau menyambung tali pada mata. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana gegelung yang dibuat tidak mudah tergelongsor.


SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.


IKATAN SIMPUL BELIT / LILIT 2 SIMPUL
Ikatan Simpul Belit digunakan untuk mematikan ikatan ke pokok, tiang atau ke pacang setelah mengikatnya. Kaedah ini memudahkan kepanjangan tali diubah-ubah, tali mudah dibuka semula dan tidak mudah tanggal ikatannya.



IKATAN BUNGKUSAN
40 JENIS IKATAN
Klik pada gambar untuk besarkan imej.

























yatie berkata
boleh bg aturcara mengikat secara details
merry berkata
actually very hard to find this kid of material. thanks a lot. but can you please make the materials clearer and bigger so that we are more easily to refer to it. hope that you can put on more materials about scouting. thanks!
bsmm_klangat@yahoo.com berkata
Kursus Ikatan, Simpulan & gajet.
Tempat : kem Serai Saujana, Kg. Bt. laut.
Tarikh : 18, 19 & 20hb April 2008.
Masa : 3H2M.
Bayaran: RM 60.00 Seorang.
Jika berminat & inginkan pengetahuan dlm ikatan.
Untuk Maklumat lanjut/ pertanyaan, sila hubungi urusetia :-
En. Azwa : 012-2861075
En. Saiful : 013-3614376
Tuan Zahed : 016-6961802
Syafie Mustafa berkata
Hello… Erm..
nape tak nampak ape2 pun?
bley tolong adjustkan tak?
seriously, all the pix are unavailable…
anyway, this site rocks.. keep it up..
cheers..!
ali berkata
gambar unavailable le..
JOE berkata
MANE GAMBAR IKATAN…KALAU BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA ..UNTUK IKATAN MENYELAMAT..DAN BERBAGAI JENIS IKATAN
hai berkata
kawan. leh tak send kat sya video ikatan anduh
hai berkata
hai. nak le pasal balutan. leh bagi kat saya tak
terima kasih
mus berkata
maner gambar ikatan nih??
ada saper2 blh tlg x?