Lagu
Muat turun lagu BSMM di sini
Dengar lagu BSMM di sini
BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Lirik : Dato’ Dol Ramli
Lagu : Dato’ Johari Salleh
Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).
Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.
Lagu UiTM Di Hatiku
Muat turun lagu UiTM Di Hatiku di sini
Dengar lagu UiTM Di Hatiku di sini
Lagu Wawasan Setia Pelajar
Muat turun lagu Wawasan Setia Pelajar di sini
Dengar lagu Wawasan Setia Pelajar di sini










