BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Majlis Hari Raya ALUMNI 2007

Posted by BSMMcUiTM di Selasa, 30 Oktober 2007

‘AidilFitri Celebration 2007’, begitulah nama sebuah majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan bersama antara ALUMNI dan ahli-ahli BSMM c UiTM baru-baru ini. Majlis tersebut yang diadakan pada 28 Oktober 2007 di sebuah kawasan di antara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Muzium Negeri di Taman Tasik Shah Alam telah mendapat sambutan yang agak memberansangkan.

Pelbagai juadah yang dihidangkan tetap membuka selera meskipun rata-ratanya telah bersarapan pagi di rumah. Difahamkan bahawa menu hidangan utama telah disediakan oleh keluarga Fendi sendiri manakala juadah kuih raya telah disumbangkan oleh mereka yang hadir.

Majlis tersebut telah mengumpulkan ahli-ahli ALUMNI dari generasi tahun 1992 sehinggalah 2006. Ditambah lagi dengan kehadiran anggota Jawatankuasa Dalaman (AJKD) BSMM c UiTM bagi sesi 2007/2008 sekaligus menunjukkan hubungan yang tetap terus terjalin antara generasi kini dan pihak ALUMNI.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Penasihat persatuan, Puan Siti Khatijah yang masih tetap dikenali oleh seluruh mereka yang hadir. Antara generasi 90-an yang telah hadir ialah Lokman, Maizana, Wahab, Rosli, Riza, Azril, ‘Z’, Fendi dan Sumie.

Pihak ALUMNI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Sumie kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini.

Menurut Sumie, “seharusnya program seperti ini boleh terus dijadikan sebagai acara tahunan kerana pada masa inilah kita semua dapat berkumpul dalam satu majlis yang penuh ceria dan harmoni.”

  

2 Respons to “Majlis Hari Raya ALUMNI 2007”

  1. sumie said

    salam. letak ler gambar bayk-byk sikit.. baru bes melihat.. adios

  2. Mohd.Fauzi Sail said

    Saya adalah diantara ahli PBSMM ITM yang bergerak aktif tahun batch 85-89, saya sedang mencari kawan2 yg seangkatan degan saya ketika itu diharap melalui alumni ni dapat memberi ruang untuk mengesan mereka2 ini yang dah tahu dimana mereka berada dan boleh dibuat perjumpaan tahunan sekiranya dapat mengumpulkan bekas2 ahli PBSMM masa tu ITM bukan UiTM.
    Sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: