BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Sistem Gred Bagi Kegiatan Ko-kurikulum Untuk Pelajar IPTA

Posted by BSMMcUiTM di Sabtu, 2 Februari 2008

PULAU PINANG: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang mewujudkan sistem pemberian gred kepada pelajar yang aktif mengikuti kegiatan ko-kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula pada sesi semester akan datang.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata cadangan itu bertujuan mengiktiraf pembabitan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang menaikkan nama universiti sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

Beliau berkata cadangan itu kini dalam peringkat rundingan akhir dengan semua IPTA bagi mewujudkan keselarasan dari segi pemberian gred.

“Ini penting kepada pelajar yang aktif dan memudahkan pihak majikan untuk membuat pilihan semasa mereka (graduan) menghadiri sesi temuduga,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Malam Kebudayaan India di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.

Katanya, pemberian gred itu juga bertujuan meningkatkan penyertaan para pelajar dalam kegiatan untuk mempelajari kemahiran di pelbagai bidang.

“Sebagai permulaan sistem ini akan dilaksanakan di IPTA dahulu dan akan diperluaskan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya.

Mustapa berkata gred bagi aktiviti ko-kurikulum itu akan diasingkan daripada markah akademik.

“Gred untuk aktiviti ko-kurikulum ini dinilai dari satu hingga 10. Sistem ini juga bertujuan menilai personaliti seseorang individu dan ini penting untuk pasaran kerja yang akan diceburi kelak,” katanya.

Beliau turut berkata pemberian gred bagi kegiatan ko-kurikulum kesinambungan daripada syarat kelayakan kemasukan bagi seorang pelajar sekolah ke universiti.

“Kalau masa sekolah dulu antara syarat untuk belajar di IPT seorang pelajar itu mesti aktif dalam ko-kurikulum, jadi ini adalah kesinambungan daripada syarat itu bagi melayakkan pelajar untuk memasuki pasaran kerja,” katanya.— Bernama

Sumber: Berita Harian, 31 Januari 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: