BSMM c UiTM

“Hanya Yang Berbudi Sanggup Berbakti”

Archive for the ‘Peristiwa’ Category

Sempena Hari Kesedaran Bencana Negara 26 Disember

Posted by BSMMcUiTM di Rabu, 12 Disember 2007

Tragedi Ribut Greg


Tragedi Ribut Greg di Sabah pada 26 Disember 1996 adalah bencana terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah negara sehingga melibatkan bencana di beberapa daerah seperti Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar.

 

Bencana Tsunami Baca baki entri ini »

Advertisements

Posted in Bencana, Kempen, Peristiwa, Sejarah | Leave a Comment »

Garis Panduan Hadapi Bencana

Posted by BSMMcUiTM di Rabu, 12 Disember 2007

Oleh: Abdul Halim Yusoff

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam tadi melancarkan buku panduan Peraturan Tetap Operasi bagi memudahkan agensi dan jabatan berkaitan mengurus dan mengendalikan pelbagai bencana dihadapi negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, buku panduan itu menggariskan tujuh peraturan tetap operasi yang perlu diikuti agensi berkenaan untuk menangani bencana seperti banjir, kebakaran hutan dan jerebu.

“Garis panduan itu juga merangkumi hal ehwal pengurusan bencana membabitkan sektor industri, petroleum, gas dan petrokimia; tsunami, gempa bumi dan kemarau,” katanya pada majlis Malam Jasamu Dikenang sempena Hari Kesedaran Bencana 2007 anjuran Baca baki entri ini »

Posted in Bencana, Berita, Peristiwa | Leave a Comment »

Majlis Hari Raya ALUMNI 2007

Posted by BSMMcUiTM di Selasa, 30 Oktober 2007

‘AidilFitri Celebration 2007’, begitulah nama sebuah majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan bersama antara ALUMNI dan ahli-ahli BSMM c UiTM baru-baru ini. Majlis tersebut yang diadakan pada 28 Oktober 2007 di sebuah kawasan di antara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Muzium Negeri di Taman Tasik Shah Alam telah mendapat sambutan yang agak memberansangkan.

Pelbagai juadah yang dihidangkan tetap membuka selera meskipun rata-ratanya telah bersarapan pagi di rumah. Difahamkan bahawa menu hidangan utama telah disediakan oleh keluarga Fendi sendiri manakala juadah kuih raya telah disumbangkan oleh mereka yang hadir. Baca baki entri ini »

Posted in Berita, Peristiwa, Program | 2 Comments »

Simpatilah Kepada Mangsa Bencana

Posted by BSMMcUiTM di Jumaat, 5 Oktober 2007

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah kepada mereka yang ditimpa bencana. Simpatilah kepada mereka, hulurkanlah bantuan, kerana mereka juga adalah sebahagian daripada nyawa kita.

Posted in Bencana, Peristiwa | 1 Comment »

Latihan Persediaan Bantuan Bencana

Posted by BSMMcUiTM di Khamis, 4 Oktober 2007

Program Latihan Persediaan Bantuan Bencana Dalam Masyarakat (CBDP/FA), 5 – 8 April 2007, UiTM Terengganu (Mohamed Ishak Hj Badarudin, Naib Pengerusi 1 PBSMM Chapter UiTM Dungun Terengganu)

Program CBDP telah berjaya dijalankan pada 5 – 8 April yang lalu bertempat di Kampus UiTM Terengganu dan Teluk Gadung Dungun. Program ini adalah hasil kerjasama Ibu Pejabat PBSMM Kuala Lumpur, PBSMM Cawangan Terengganu dan PBSMM Chapter UiTM Terengganu. Seramai 43 orang peserta PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah menyertai program ini di mana 24 orang peserta adalah terdiri dari siswa siswi UiTM dan 19 peserta lagi terdiri dari ahli pasukan penyelamat UiTM. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Hisham Harun Hashim iaitu Timbalan Pengerusi PBSMM Kebangsaan dan penutupannya telah dirasmi oleh Baca baki entri ini »

Posted in Berita, Peristiwa, Program | 9 Comments »

Tayangan “Memory Of Solferino”

Posted by BSMMcUiTM di Rabu, 3 Oktober 2007

Narration : Bahasa Arab (tiada terjemahan)

Anda dinasihati terlebih dahulu membaca dan mengetahui kisah perjalanan hidup Pengasas Palang Merah, Sir Jean Henry Dunant sebelum menonton tayangan ini. Bagi sesiapa yang tidak memahami bahasa Arab, cukuplah sekadar kita menghayati dan merasai rentetan kisahnya yang membawa kepada penubuhan Palang Merah.

Posted in Peristiwa, Sejarah | Leave a Comment »

Sir Jean Henry Dunant

Posted by BSMMcUiTM di Isnin, 24 September 2007

Pengasas Palang Merah
Sir Jean Henry Dunant

Sejarah Pengasas Palang Merah
:: Sir Jean Henry Dunant (1828 – 1910) :: Baca baki entri ini »

Posted in Peristiwa, Sejarah | 7 Comments »