‘AidilFitri Celebration 2007’, begitulah nama sebuah majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan bersama antara ALUMNI dan ahli-ahli BSMM c UiTM baru-baru ini. Majlis tersebut yang diadakan pada 28 Oktober 2007 di sebuah kawasan di antara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Muzium Negeri di Taman Tasik Shah Alam telah mendapat sambutan yang agak memberansangkan.
Pelbagai juadah yang dihidangkan tetap membuka selera meskipun rata-ratanya telah bersarapan pagi di rumah. Difahamkan bahawa menu hidangan utama telah disediakan oleh keluarga Fendi sendiri manakala juadah kuih raya telah disumbangkan oleh mereka yang hadir. Baca baki entri ini »