Profail
Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
TARIKH | PERISTIWA |
1948 |
Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah. |
1950 |
British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang. |
1952 |
Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang. |
1953 |
Lebih banyak cawangan dibuka. |
1957 |
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962. |
4 Julai 1963 |
Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas. |
24 Ogos 1963 |
Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies. |
1965 |
Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47). |
21 Ogos 1975 |
Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu. |
4 September 1975 |
Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). |
25 Mac 2007 |
Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) |
27 Jun 2007 |
Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut. |
Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.
Latar Belakang UiTM
Kampus Induk